Apa Salt Nic Sebenarnya ? Perbezaan Closed Pod dan Open Pod

Posted by Cirgaro Vapestore on

caliburn pod

Secara umum semua orang mengetahui bahawa industri vape dia Malaysia merupakan paling maju dan paling pesat berkembang di Malaysia.  Kemajuan dan perkembangan yang pesat industri di Malaysia disebabkan sambutan yang sangat-sangat mengalakan terhadap vape.

Permintaan yang tinggi terhadap vape disebabkan peralihan penguna rokok konvesional yang mencari alternatif yang lebih baik dan sihat berbanding rokok konvesional.

Walaupun perdebatan hangat mengenai “rokok konvesional vs vape” masih hangat dibincangkan. Para penguna memilih untuk vape sebagai salah satu cara untuk berhenti daripada rokok konvesional.  

<<Baca kajian UK disini>> 

Dengan mudah bila kita bercakap mengenai vape ianya terbahagi kepada dua. Satu adalah device (baca : mod & pod)  , dan lagi satu adalah liquid & flavour (baca : freebase & salt nicotine).

Pada hari ini, kita akan lebih banyak membincangkan mengenai salt nic. Iaitu CGO Salt Nic. Kepada user-user diluar sana yang masih kabur dan kurang faham apa itu sebenarnya salt nic berikut merupakan huraian paling ringkas untuk anda faham sebagai penguna vape.

SALT NIC.

Secara mudah:

Salt Nic atau nama penuhnya adalah – Salt Nicotine merupakan salah satu komponen penting dalam liquid generasi baru yang dinamakan Salt Nic oleh industri Vape.

Salt Nic ini pula merupakan sebatian nicotine yang baharu di pelopori oleh syarikat JUUL bermula pada tahun 2013 dan digunakan didalam pod mereka Pod Juul.

pod juul

<<Klik sini untuk gie website rasmi JUUL>> 

Sebatian Nikotin yang baru ini jauh lebih baik berbanding sebatian nicotine yang digunakan dalam liquid generasi lama – Freebase. Sebatian ini diberi nama salt nic disebabkan ianya berbentuk serbuk berbanding dengan freebase nicotine yang berbentuk cecair.

Apa kebaikan sebatian nicotine (salt nic) yang baru ini adalah :

  1. Kadar penyerapan nicotine ke dalam badan lebih jauh lebih berkesan berbanding dengan sebatian nicotine generasi lama (freebase).
  2. Walaupun kadar nicotine lebih tinggi ianya tidak menjejaskan rasa flavouring.
  3. Salt Nic lebih jimat dan puas apabila digunakan berbanding freebase.
  4. Kurang menghasilkan asap yang menganggu orang ramai.

Walaubagaimanapun menghasilkan salt nic dan mengadunkan flavour menjadi salt nic yg sedia utk dijual merupakan usaha yang serba kompleks yang tidak ramai orang tahu.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Pod - pod ? Jom tengok channel youtube kami : 

Orait. Kalau korang tak faham gak dan ada pertanyaan, boleh tanya kami diruangan komen dibawah.  Kita continue dengan ceritera POD.

POD – Closed System / Open System.

Berbeza dengan zaman dolu-dolu, dak-dak vape ini mengunakan Box Mod dan Tank. Ianya besar , berat dan agak menyusahkan utk bawa kemana. Kadang-kadang macam rasa bawak batu dalam kocek seluar / beg.

Bukan takde Box Mod kecik-kecik yang bateri built in atau single battery, keperluan tank system yang memerlukan supply elektrik yang besar (sebab nak support kanthal besar – double coil la nak asap banyak la).

double coil vape

Satu hal dengan liquid vape jenis freebase yang lama nie , asap bagai nak rak kita pump tapi rasa nikotin tue tak sampai2 gak. Tak puas. Pasal tue la ramai perokok give up bila vape pakai freebase , asap banyak mengalahkan dbkl fogging nyamuk tapi rasa ninotin tue tak kemana.

box mod vape

Macam handphone , handphone dolu – dolu pun besar bapak, dan semakin ringan mengecil dan menipis sampaikan masuk kocek pun tak perasan. Oleh kerana demikian, device generai baru yg sepuluh ganda lebih kecil menjadi pilihan penguna vape.

Follow youtube channel kami untuk melihat review pod pod terkini : 

Dipelopori oleh JUUL yang mendapat sambutan yang sangat mengalakan di Americana sanun , (tapi kat Malaysia sgtlah rare untuk jumpa apatah lagi nak cari kedai vape yg jual. Kendian datanglah pulak POD Nanostick pada awal 2018.

nano stick

<<klik sini untuk gie tengok pod nano stick>> 

Kedatangan POD Nanostick nie tiada guruh halilintar pesta muda mudi bagai semua , senyap-senyap dia masuk market dan yang paling penting marrrrketing dia padu dan menyeluruh beb. Secara senyap bak org putih cakap “silent storm” ianya diminati oleh penguna vape.

Mau tak minat, 10 kali ganda lebih kecil daripada box mod, dan PALING PENTING tak perlu recoil da. Aah, tank dia pakai buang. Habis buang tank beli tank baru yang telah terisi liquid flavour Nanostick yang mengunakan Salt Nic.

Kalau tank kecik Nanostick pakai freebase mestilah kelaut dan tak puas rasasnya. Apabila guna Nanostick rasanya padu , puas dan penting very compact untuk dibawa kemana-mana.  

Boring baca panjang-panjang? 

Jom tengok channel youtube kami (content yang lain) 

Kemudian negara pengeluar China menyambut kegilaan lunatico user vape Malaysia yang mahukan device vape jenis POD yang kecik dan padu. Banyak pod – pod mula menbanjiri pasaran sampai kami selaku pekedai fenin nanang utk keep track mana yg POD padu , mana yg sampah sarap.

Brand Vape Americana Syarikat , Kilo pun masuk market dengan melancarkan KILO POD System. (entah kenapa tak ramai yang bawak masuk walaupun KILO POD system

 

 kilo pod malaysia distributor

nie antara paling sedap melokek – pada pendapat penulis).

<<Klik sini utk melihat website kilo pod USA>> 

[gambar kilo pod]Apabila melihat kejayaan dan sambutan yang mengalakan Nanostick yg diterajui oleh anak tempatan , Nasty Juice dan VaporBoy turut melancarkan Closed System POD masing – masing. Makin meriahlah industri vape Malaya. Ini menambahkan lagi penghijrahan penguna vape di Malaysia daripada Vape Box Mod ke Vape Pod System.

nerv pod

<<click sini untuk gie tengok jalan-jalan website rasmi NERV Malaysia>>

Sekarang da pening kan .. So apa beza Pod Close System ngan Closed System ? Kita tengok meja perbandingan dibawah :

caliburn pod shah alam murah

 

POD CLOSE SYSTEM

POD OPEN SYSTEM

Contoh

JUUL , NANOSTICK, KILO POD , NASTY JUICE NCIG , VAPOR BOY NERV , LYFE , MEDUSA MED PLUS , BAL , AKSO

SMOK NORD, MIPOD , EQ INNOKIN , UWELL CALIBURN, R3, ARTERY , IJOY AI EVO , ORIAN LOST VAPE , PASITO , IJOY MERCURY, ORCHID , DOT POD

Tank

Tank tak boleh refill (habis buang)

Tank boleh refill , biasanya seminggu baru kena tukar tank (pakai liqudi tak tak cepat gunk – ada jenis pod yang tahan sebulan baru tukar tank)

Flavour

Tak boleh tukar flavour hanya terhad kepada flavour dalam brand line up tersebut.

Boleh tukar2 pakai freebase dan salt nic

Setting

Tak perlu setting ohm , watt , firing bagai – letak mulut isap dan keluar asap

Tak perlu setting ohm , watt , firing bagai – letak mulut isap dan keluar asap

Battery

Sehari guna baru charge , nak charge cucuk cable usb mcm handphone

Sehari guna baru charge , nak charge cucuk cable usb mcm handphone

Nicotine

Tertakluk kepada line up brand tersebut.

Boleh tukar-tukar bergantung dengan nicotine level yang kita pilih , nak high ke nak medium ke

Portablity

Boleh gantung , Ringan dan Kecil

Boleh gantung , Ringan dan Kecil

Taste

Bergantung kepada line up flavour brand tersebut. (pada pendapat penulis – best dan padu).

Kalau tak suka satu brand flavour tersebut, boleh tukar brand lain – lebih mantap dan melokek rasanya.

Harga

Mampu milik , dengan purata device Pod Closed System berharga sekitar RM100 – RM150 manakala refill tank berharga RM15 – RM20.

 

Contoh Kos pemilikan POD Closed System dalam masa 3 bulan :

 

Harga pod = RM100 / 90 hari = RM1.11

Sehari guna 1 pod  = RM15 + 1.11

 

KOS SEHARI = RM16.10

Murah. Purata harga device adalah sekitar RM100 hingga RM150. Tank berharga RM15. Manakala liquid salt nic 10 ml berharga RM20.

 

Contoh Kos pemilikan POD Open System dalam masa 3 bulan :

 

Harga pod = RM100/90 hari = RM1.11

Liquid Salt Nic 10ml = RM20/7 hari = RM2.85

Harga Tank = RM15/7 hari = RM2.14

 

KOS SEHARI = RM6.10


Share this post



← Older Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published.