Tips-tips awal apa itu vape dan bagaimana nak vape ?

Posted by Cirgaro Vapestore Admin on

Vaper vateran mesti teringat tank vivi nova dimana pada waktu tue tali halus (mcm tali tangsi tapi diperbuat daripada cotton) digunakan sebagai agen penyerap liquid sebelum divape di coil. 

Hi kembali kita berjumpa dalam sambungan artikel yang terdahulu mengenai dunia vape. Bagi yang baru dan masih tak faham mengenai vape boleh teruskan membaca. (pastikan anda 18 tahun keatas ya). 

Sebelum itu , penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa vape bukan alternative mutlak untuk menghilangkan ketagihan rokok. Pada mana-mana abam2 kakak2 diluar sana yang nak berhenti rokok dan mencuba vape – anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum membuat keputusan.

Yang paling penting sekali kepada user-user muda yang tidak menghidap rokok tetapi berminat untuk mencuba vape untuk suka-suka “nak main asap” dan “nak rasa flavour” juga dinasihatkan tidak perlu meneruskan niat anda. Gie buat benda lain yang lebih berfaedah.

MOD

Orait , kali nie kita akan menyentuh 1 perkara penting dalam dunia vape nie – iaitu MOD. MOD merupakan alat penting dalam pengalaman anda untuk vape.

Basicly MOD adalah alat yang mengandungi bateri dan komponen elektronik untuk membekalkan kuasa kepada pembakaran dan mengawal selia pembakaran (betul ke ayat nie ? :D) ya betul vaping nie membabitkan pembakaran , tapi takde la sampai nampak api menyala.

mod murah shah alam

Pembakaran pula berlaku didalam tank (komponen berlainan dari MOD). Kita akan kesitu sebentar lagi. Mod secara am nya adalah yang membekal kuasa elektrik dan mengawal kuasa tersebut. Ianya juga memberikan information kat lcd display mengenai jumlah kuasa bateri , kekuatan firing , jenis firing , dan mcm2 hal lagi. Pendek kata nak setting semua semua kat mod.

Jangan pening lagi gais sebab ianya mudah. Sebab akhirnya tak semua setting kau godek. Udahnya berdasarkan kaji selidik kami terhadap penguna vape – mereka nak tekan dan hisap je. Benda lain diorg taknak. Gehehe. Tapi kalau anda berminat , anytime boleh singgah ke Cirgaro Vapestore dan anda boleh tanya anything pasal mod anda. Tak kisah walaupun anda tak beli dari Cirgaro Vapestore.

Tetapi perlu ingat dalam duniawi vaping – mod terbahagia kepada 3 jenis. Jom kita lihat apa perbedaan diantara ketiga-tiga jenis mod dalam dunia vaping.

MOD Mechanical.

Pada awal zaman batu dunia vape nie , pengiat vaping tidak punya teknologi yang tinggi dalam mengawal selia jumlah kuasa firing terhadap tank. Industri vape pula masih merangkak-rangkak. Pilihan yang ada adalah menghasilkan MOD Mechanical untuk vape. 

mekanikal mod paling best

Lantas MOD jenis ini dipanggil MOD Mechanical disebabkan keringkasan wiring nya serta tidak mempunyai sebarang microchip dalam mengawal selia firing dan bateri.

Mod ini mudah dibuat secara DIY sebenarnya bagi mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dlm bidang elektronik. (pls jgn buat kat rumah kalau takde basic.) Secara ringkas seorang itu hanya perlu 4 item dalam menghasilkan MOD mechanical. Iaitu :

  1. Casing utk pegang bateri , suis dan base plate.
  2. Wiring dari bateri ke suis dan ke base plate.
  3. Suis untuk mengawal firing.
  4. Base Plate untuk memegang tank dan titik sambungan untuk membekalkan kuasa

Zaman tue, kebanyakan MOD Mechanical diperbuat daripada material eksklusif seperti tembaga , high grade stainless steel dan kayu-kayu eksotik serta ditambah lagi dengan  hiasan ukiran-ukiran custom yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Filipina merupakan negara yang paling rajin dan maju bab mechanical mod. Dan tidak hairan MOD Mechanical pada era tersebut boleh mencecah ribuan ringgit disebabkan oleh

Oleh disebabkan ianya tidak mempunyai sebarang komponen elektronik yang kompleks , MOD Mechanical mempunyai masalah kawalan kuasa yang lemah dan menyusahkan. Bila vape pakai MOD Mechanical nie , time bateri full vape mmg padu , tapi lama kelamaan lemau. Kalau Bahasa omputihnya ianya tidak boleh regulate electrical power dengan baik disebabkan ketiadaan microchip untuk mengawal kuasa.

Disebabkan itu vaper-vaper sering berputus asa dalam usaha mereka meneruskan kegiatan vape. Sehinggalah MOD jenis baharu dihasilkan sambung cerita hikayat ini dibawah :

(tapi sehingga kini MOD Mechanical masih mendapat tempat dikalangan peminat vape)

Regulated MOD.

Ini merupakan zaman kegemilangan vape (sehingga kini) Regulated MOD banyak memudahkan user-user vape. Recoil tank , isi liquid , pasang kat MOD .. tekan .. dah nikmatilah sensasi liquid buatan Malaysia (FYI Liquid buatan Malaysia merupakan liquid yang paling TOP didunia).

Pada peringkat awal .. Pembikinan dan pengeluaran Regulated MOD dikuasi di Amerika disebabkan mereka yang dahulu membangunkan cip regulated (yang mengawal firing vape). Jenama – jenama seperti Provari , DNA “take the world by storm”. Sehinggakan MOD-MOD buatan jenama-jenama ini sold out dan ada waiting list untuk mendapatkanya.

mod paling best dan paling stabil

Sekarang, jenama-jenama dari negara China mula matang dalam menghasilkan Regulated MOD. Mereka menawarkan cipset-cipset yang pada awalnya hampeh tetapi kini standing dengan cipset buatan Amerika.

Ditambah lagi dengan sokongan industri elektronik negara China yang maju. Regulated MOD buatan China ditawarkan jauh lebih murah berbanding MOD / Chip buatan Amerika. Kini hamper 98% pengeluar MOD didunia adalah dari negeri China.

Apakah kebaikan cip regulated nie ? Haaa ianya boleh dilihat dibawah :

  1. Bateri tahan lebih lama – boleh vape lebih lama kalau dolu dolu .. tak sempai suku hari dah kena tukar bateri.
  2. Rasa flavour lebih consistent. Dolu Dolu time battery penuh – bila kita vape rasa dia memang mantap. Kejab lagi time battery tinggah separuh rasa mcm *&&***^^ !! .
  3. Rasa flavour lebih PADU disebabkan pembakaran yang konsistent dan sempurna.
  4. Kawalan penuh kepada para vaper-vaper dimana kita dah boleh control nak main asap lebih ke , flavour lebih ke , nak pakai kantal jenis lain ke , nak fire double coil ke , hatta nak jimat bateri.

Kebaikan-kebaikan diatas menyebakan user vape bertambah mudah dan senang untuk vaping. Perkembangan Regulated MOD ini juga seiring dengan kematangan Tank dimana RDTA , RDA tank mula diperkenalkan dipasaran. Nak tahu pasal tank Clik link kat sini.

Vaper vateran mesti teringat tank vivi nova dimana pada waktu tue tali halus (mcm tali tangsi tapi diperbuat daripada cotton) digunakan sebagai agen penyerap liquid sebelum divape di coil. Berbeza pada masa ini cotton (kapas) digunakan disebabkan kadar penyerapan yang sangat cemerlang berbanding jenis tali tangsi lama.

Walaupun proses recoil ini sedikit rumit untuk beginner-beginner vape , dengan sedikit latihan beberapa kali , banyak user boleh menguasi proses recoil tank dengan baik. Kalau tak gheti jugak. Hantar ke je mana-mana kedai vape yang menawarkan perkhidmatan recoil – tak sampai rm5. Ada juga yang menawarkan perkhidmatan percuma recoil dengan syarat membeli liquid dahulu.

pod shah alam

Orait .. ceritera mengenai tip - tip awal vape nie tak boleh habis satu malam je , nantikan artikel seterusnya mengenai POD. Sehingga kita jumpa lagi .. babai !!

 

 


Share this post



← Older Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published.